Tuesday, July 18, 2017

Kenangan



Di sini ku kunjungi. Akan jadi kenangan yang tak kan ku lupakan. Sesekali kukunjungi walau jauh tapi dekat di hati.

Thursday, March 02, 2017

Bermula hari ini 2017

Assalamualaikum sahabat blogger.
Lama rasanya tak menjengah blog. Hari ni seorang rakan dengan sukacitanya berkongsi blog yang baru dibina. Aku pun dengan sukacita berkongsi macam mana nak buka dan update blog. Dalam blog ni boleh la nak lontar idea walaupun tak berapa kreatif. 😁

Shellout in the home

Pertama kali bersellout di rumah. Siap google cari resepi. Hasilnya tak mengecewakan. 

Sunday, June 26, 2016

Ramadhan di desaku

Ramadhan bulan penuh barakhah. Kenangan lalu sering bertandang dalam ingatan. Terbayang wajah2 yang ku sayang. Dalam ku berkira2 untuk pulang ke desa, tiba2 ku mendapat surat urusan dari pejabat tanah. Lalu ku ambil cuti untuk urusan itu. Dapat juga akhirnya ku menjengah desaku yang permai.
Sementara menunggu waktu berbuka, ku bersiar2 melalui lorong dan jalan. Banyaknya gerai menjual juadah berbuka puasa. Ku berhenti di Bazar Ramadhan dan macam2 ada membuatkan ku haloba.
Waktu berbuka tak ku persia. Kakak dan anak saudara ku jemput bersama. Di kesempatan ini ku nikmati waktu berbuka bersama. Alhamdulillah cuti yang singkat ku manafaatkan sepenuhnya. Selesai urusan di pejabat tanah, ku terus ke destinasi yang tak dirancang bersama kakakku. Teruja tengok... banyaknya kuih raya dan harga pun berpatutan. Hasrat untuk berjimat terpadam. Ku raih balang2 kuih itu dengan penuh semangat... Akhirnya ku pulang dengan hasil yang lumayan.... 😁

Thursday, June 02, 2016

Mau atau tak mau

31 mei 2016. kucapai apa yang kuimpikan. Peningkatan kuperolehi. Aku melalui perjalanan ini dengan sabar. Rezki dari Allah.... Alhamdulillah. Kumohon padaNya sekiranya rezkiku berada di langit turunkanlah, sekiranya rezkiku berada di bumi keluarkanlah, sekiranya rezkiku berada jauh dekatkanlah, sekiranya rezkiku sukar permudahkanlah dan sekiranya rezkiku lambat percepatkanlah, dan sekiranya rezkiku kotor sucikanlah. Aaminnn.... di mana ada kemahuan di situ ada jalan,  yang penting mau atau tak mau...

Tuesday, May 17, 2016

Senangnya buat mee

 Noodle maker.....Seronok boleh buat mee sendiri. Mula-mula sukat bahan.
400 gm (2cawan) tepung gandum.
Garam 1 sudu teh. Minyak 1 susu teh.  Secubit serbuk kunyit. Air +garam+kuning telor+sebuk kunyit+minyak jadikan 140 ml. Seterusnya pasang mesin ni dan pilih acuan mee. Kemudian masukkan tepung gandum. Tutup bahagian atas. Onkan mesin dan tuang air yang bercampur tadi....  dari lubang atas penutup. Dengan sendirinya mesin ni buat kerja sehingga mee keluar macam kat atas tu. Seronok tengok... Lepas tu jangan lupa masak air campur sesudu teh minyak dalam periuk. Bila mesin dah siap keluarkan mee. Tunggu air mendidih baru masukkan mee. Rebus.... bila mee dah timbul keluarkan dan masukkan dalam bekas dan alirkan air sejuk dan toskan. Yang penting mee ni tanpa bahan pengawet. Bersih lagi suci....Inilah hasilnya,

Seterusnya masaklah mee ni macam biasa sama ada berkuah atau goreng. Inilah hasil akhir... mee goreng.

Selain mee boleh juga buat bihun, laksa, kuay teow, makaroni, spaghetti, maruku, tart nenas. biskut larut.
Berminat? Boleh watsapp.. 0194466674... 

Moving Up Seminar

Untuk kesekian kalinya ku hadirkan diri. Kali ini di TH hotel and Convention Centre Alor Setar. Kali ini aku begitu teruja dengan perkongsian dari speaker2 yang hebat. Malam pengiktirafan aku tumpang terharu atas kelahiran Diamond baru Shamas dan Norazahñ. Aku melihat perkembangan mereka kerana di situ.... tempat kumenimba ilmu. Kesabaran dan kegigihan mereka akhirnya membuahkan hasil. Aku mahu seperti mereka... impian tercapai dan menjadi inspirasi kepada orang lain... Hubungan silaturrahim yang terjalin dalam RMP membuatkan aku bertekad untuk terus bersama mereka.

Wednesday, May 11, 2016

Sabar menanti


Bertahun ku nanti... akhirnya signboard ini menjadi bukti.. Aku berharap ianya akan menjadi kenyataan seperti yang telah dipersetujui. Terima kasih ayah dan ibu tercinta yang telah meninggalkan warisan untuk anak-anakmu. Tak mampu untuk diungkapkan segalanya. AlFatihah... buat ayah dan ibu moga rahmat Allah sentiasa mencucuri.