Monday, October 28, 2013

Hujung minggu baru ni akak menghadiri bengkel membuat roti dan kek. Rasa teruja sekali.....memang dah lama teringin nak belajar buat doh roti ikut cara yang betul. Sebelum ni pernah buat juga tapi ikut cara sendiri. Penting belajar berguru.....hasilnya tentu memuaskan.

Wednesday, October 23, 2013

Usaha mesti diteruskan.

Salam sejahtera,

Sekian lama tak update blog. Kagum dengan rakan-rakan blogger yang sentiasa aktif mencurah idea dan maklumat yang dapat dikongsi bersama. Terima kasih diucapkan..... Pada ruang waktu ini bersua semula melalui imbauan masa lalu. Bulan demi bulan berlalu, sedar tak sedar dah sampai ke penghujung tahun 2013. Terkenang di hujung tahun 2012 dapat dihasilkan kertas penyelidikan dan berjaya dibentangkan dalam seminar. Menarik sekali pembentangan  melaui poster. Hasrat untuk menghasilkan kertas penyelidikan setiap tahun sentiasa tersemat di hati. Usaha mesti diteruskan.......