Monday, January 07, 2013

KISAH MASYARAKAT

Nasi Arab

Pada petang jumaat 4 Januari 2013, sewaktu pulang dari kerja, aku singgah membeli Nasi Arab di sebuah gerai di Kepala Batas. Semasa mamak pekerja gerai sibuk menyediakan  bungkusan nasi yang ku pesan, tiba-tiba seorang remaja perempuan yang menaiki motosikal datang dan mengambil bungkusan nasi arabku . Dengan spontan aku berkata, "Nasi saya" !. Mamak tadi pun terkejut dan memanggil remaja tadi, adik ! dan mengikutinya ke motosikal yang mereka naiki. Dengan selamba  remaja tersebut pun memulangkan bungkusan nasi itu kepada mamak tanpa berkata apa-apa. Aku tertanya-tanya, mengapa remaja tersebut mengambil nasi itu dengan tiba-tiba. Mungkin dia tidak berduit lalu ambil jalan mudah...... mencuri. Kasihan juga....rasa nak bagi....tapi dia terus berlalu pergi membonceng motorsikal rakannya yang juga seorang remaja perempuan.