Thursday, April 28, 2016

INSPIRASI

Hari ini terbaca kisah kejayaan Diamod Abdul Jalil dan Zaimah. Tiba-tiba terasa bermotivasi untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini........ Moga aku juga boleh menjadi inspirasi seperti mereka......

Foto ini membawa kenangan hari pertama ku bermula....




Perkongsian Diamod Abdul Jalil dan Zaimah......


Kami bertemu dengan penaja kami Md Yatim Md Tap di rumah seorang sahabat di Pulau Pinang pada September 1998. Beliau meminta izin untuk datang ke rumah bagi menerangkan Peluang Perniagaan AMWAY™. Walaupun kami tidak begitu mengenali beliau, kami bersangka baik dan menerima permintaan beliau. Beliau begitu konsisten dan telah datang ke rumah kami sebanyak 10 kali! Akhirnya, kami mendaftar sebagai ahli AMWAY atas dasar kasihan apabila melihat kesungguhan beliau. Tanpa disangka-sangka, kami dianugerahkan rezeki yang murah dari perniagaan ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami, Haji Hassan dan Hajjah Siti Mariam kerana memahami, merestui dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi ketika kami membina perniagaan ini. Kehidupan kami ketika itu sangat selesa. Pendapatan kami masing-masing sebagai Pengurus dan Pengarah di syarikat multinasional sudah mencukupi. Namun, jauh di lubuk hati terdetik rasa bimbang tentang kegawatan ekonomi yang melanda pada akhir 90-an. Jadi, saya berfikir, “Apalah salahnya mencuba. Manalah tahu mungkin ada rezeki. Kalau gagal, saya tak rugi apa-apa tetapi jika berjaya, untung berlipat ganda.” Lantas, saya membuat temu janji dengan penaja atasan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pelan Penjualan & Pemasaran AMWAY. Kami memutuskan untuk menceburi perniagaan ini setelah teruja melihat pembentangan Pelan Penjualan & Pemasaran yang sungguh bermotivasi oleh penaja atasan kami Pengedar Terus Intan Abdullah & Mariam. Pada 1998, kami memulakan perniagaan dengan produk bernilai RM300.00 untuk kegunaan sendiri dan juga untuk tujuan demonstrasi. Bonus bulan pertama kami ialah pada tahap 3% iaitu berjumlah RM33.67 tetapi kami yakin bahawa peningkatan pasti berlaku jika kami menggandakan usaha. Kami terus menunjukkan Pelan Penjualan & Pemasaran dan membuat demonstrasi produk setiap hari tanpa rasa jemu. Hasilnya, perniagaan Kejayaan yang tercipta menjadikan segala pengorbanan begitu bermakna Abdul Jalil & Zaimah Bukit Beruntung Abdullah & Mariam Pengedar Terus INTAN AG 1012(M) p4&5 Dia Abdul Jalil.indd 4 9/19/12 3:36 PM 5 kami semakin berkembang dengan pertambahan bilangan ahli kumpulan dan pelanggan. Lapan bulan selepas menyertai AMWAY, kami berjaya mencapai tahap Penyandang Perak. Menghadiri mesyuarat mingguan dan seminar anjuran penaja atasan adalah satu kemestian. Macam mana jauh atau sibuk sekalipun, kami akan sampai tepat pada waktunya. Malah pada hujung minggu dan cuti umum, kami akan keluar rumah seawal 8.30 pagi dan pulang pada waktu malam. Kereta kami penuh dengan produk, kit permulaan dan alatan demonstrasi dan kami melakukan sehingga 16 aktiviti sehari. Tiada perkataan letih dalam kamus hidup kami kerana bagi kami perniagaan AMWAY ini satu kerjaya, bukan sekadar untuk suka-suka. Kesibukan kami itu adakalanya membuatkan kami tiada masa terluang untuk bersama dengan empat orang anak lelaki kami yang masingmasing berumur 4, 6, 9 dan 11 tahun. Namun, kami menerangkan kepada mereka bahawa apa yang kami lakukan ini adalah demi masa hadapan mereka. Syukurlah, mereka faham dan ini membuatkan kami lebih bersemangat untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi. Ternyata pengorbanan kami selama ini terbayar. Kami mampu membiayai yuran persekolahan dan pengajian mereka hingga ke pusat pengajian tinggi tanpa bantuan biasiswa mahupun pinjaman. Cabaran memang banyak, terutamanya daripada prospek yang tidak memahami potensi perniagaan ini. Kami pernah dihalau, disambut tetapi pintu pagar dikunci dan tidak dibenarkan masuk walaupun sudah membuat temu janji, malah dipersendakan. Semua itu kami anggap sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang demi mencapai matlamat. Jatuh bangun dan cabaran dalam perniagaan adalah lumrah dan kami jadikannya sebagai batu loncatan untuk mendaki ke tahap yang lebih tinggi. Kami layak sebagai Pengedar Terus Zamrud Pengasas pada Ogos 2008 dan Intan pada Februari 2012. Janganlah kita rasa kecewa jika menerima penolakan daripada prospek. Mungkin masanya belum tiba. Siapa tahu, mungkin hati mereka akan terbuka untuk menyertai perniagaan ini pada masa akan datang. Walau apapun, kita tidak rugi apa-apa. Sebaliknya, merekalah yang rugi kerana menolak peluang sebelum memahaminya, ibarat membuang benih sebelum menanamnya, menebang pokok sebelum menikmati hasilnya. Melalui Perniagaan AMWAY, kami memperoleh ramai rakan dan kenalan di seluruh Malaysia. Mereka berfikiran positif dan memberi motivasi kepada kami untuk menjadi cemerlang. Selain itu, kami berpeluang melawat ke tempat-tempat yang menarik di seluruh dunia termasuk Rom, Dubai, Afrika Selatan, malah mengikuti Pelayaran Alaska dan juga Paris untuk Seminar Kepimpinan yang eksklusif. Kami tidak sabar-sabar untuk ke Sydney Disember nanti dan ke Jemputan Intan di Istanbul pada tahun hadapan. Kami juga amat menghargai keteguhan jaminan kewangan yang ditawarkan. Buktinya pada 2009, kami layak ke Seminar Kepimpinan di Los Angeles tetapi kami memilih untuk menunaikan fardu haji di Mekah. Apabila pulang dari Mekah dua bulan kemudian, kami mendapati insentif dan bonus dari perniagaan telah dimasukkan ke dalam akaun bank kami. Paling penting, kami berasa gembira kerana dapat berkongsi peluang ini dan membantu insan lain menjalani kehidupan yang lebih baik. Ramai rakan di dalam kumpulan kami telahpun menikmati keselesaan dan kemewahan hidup melalui peluang perniagaan yang hebat ini. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja kami Md Yatim Md Tap dan Pengedar Terus Intan Abdullah & Mariam. Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan kepada semua pemimpin dalam kumpulan kami iaitu Pengedar Terus Zamrud Khairul Anuar & Wan Nur Iza, Pengedar Terus Platinum Pengasas Latifah Karim & Najmuddin Supian, Pengedar Terus Platinum Pengasas Asmarani Abd Rani & Asakir Abdul Hamid, Pengedar Terus Platinum Mohd Idrus Mohd Diah & Sa’edah Saif, Pengedar Terus Platinum Noor Hayati Hasan & Nazari Hasan dan Pengedar Terus Platinum Noor Liza Mohd Salleh & Amir Che Ya. Terus berusaha! Terus berjuang! “ Jumpa anda di puncak kejayaan” amagram oktober 2012 AG 1012(M) p4&5 Dia Abdul Jalil.indd 5 9/19/12 3:36 PM

Wednesday, April 20, 2016



Melapangkan fikiran di waktu senggang. Melalui ruang-ruang di Shopping Mall. Seronok dapat bersiar-siar lebih-lebih lagi ada teman setia.Menjamu mata dan pastinya ada ole-ole untuk di bawa pulang.















Hari ini tetiba ku teringat untuk mencoret di laman yang lama tak ku jenguk. Apakah yang bermain di fikiranku. Sebenarnya ku merindui untuk bertemu saudara maraku, lalu potret ini menjadi pengubat rinduku.