Wednesday, May 11, 2016

Sabar menanti


Bertahun ku nanti... akhirnya signboard ini menjadi bukti.. Aku berharap ianya akan menjadi kenyataan seperti yang telah dipersetujui. Terima kasih ayah dan ibu tercinta yang telah meninggalkan warisan untuk anak-anakmu. Tak mampu untuk diungkapkan segalanya. AlFatihah... buat ayah dan ibu moga rahmat Allah sentiasa mencucuri.


Handphone baru

Seronoknya dapat handphone baru. Terima kasih En Suami kerana menunaikan permintaanku. Pertama kali aku menggunakan handphone jenama Vivo. Pada mulanya rasa ragu-ragu sebab dah setia dengan jenama Samsung. En suami offer IPhone tapi ku tolak sebab tak biasa rasa susah pulak nak guna. Entah macam mana pengaruh penjual ni buat aku tertarik dengan 'Vivo'. Mula-mula dia kata "you punya handphone banyak hang lo....you boleh pakai ini macam... kalau saya pengsan ho. You guna ini Vivo pun bagus... saya pun guna. Ini Samsung.....samseng haa.. harga mahal. Akhirnya selepas sipenjual ni tunjuk fungsi-fungsi yang ada akhirnya aku pun berkenan lebih-lebih lagi hadiah dari En suami. Terima kasih suamiku... muaahh 😘