Wednesday, January 30, 2013

KUDAPAN

Karipap King

Sebut pasal karipap, mesti semua orang tahu. Tapi yang nak diceritakan di sini pasal karipap king yang memang sedap. Sesiapa yang dah rasa mesti nak lagi. Hampir setiap petang sewaktu pulang dari kerja aku akan singgah membelinya. Peniaga karipap ni suami isteri, sang suami tukang canai dan isteri ambil order, sambil menggoreng dan membungkus. Pantas sekali kedua-duanya ni. Ramai pembeli sampai kena tunggu. Ada beberapa jenis inti karipap, kebab daging, ayam, sardin, telor, cheese, oblong, sosej. Setiap orang ada pilihan masing-masing. Karipap kebab daging menjadi pilihanku. Tengok rupa karipap ni tak la begitu menawan....nampak kerepot je....tapi bila makan baru tahu. So don't judge the book by it's cover !

Karipap King


ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI

Koleksi tudungku

Tudung Ariani


Fesyen tudung sentiasa berubah. Macam2 jenis tudung ada di pasaran. Seperti orang lain, aku pun ikut la juga perkembangan, tapi dengan citarasa yang sesuai. Bermacam fesyen dari pelbagai jenama...menarik dan cantik belaka, lebih-lebih lagi kalau sipemakainya dah memang cantik.....lagi anggun kelihatan dengan tudung yang sesuai. Dalam banyak2 jenama, aku lebih selesa dengan tudung jenama Ariani. Cuba juga tudung2 jenama lain, tapi kurang puas memakainya.

Tudung Hajra


Selain tudung Ariani aku juga selesa dengan tudung jenama Hajra. Setengah orang kata....susah nak jaga tudung Ariani, kena dry clean lagi. Tak pernah pun aku dry clean tudung, basuh je dengan pencuci yang beli kat Giant ni. Kalau guna sabun mesin basuh, mungkin la cepat rosak....silap2 turun warna. Pencuci ni sesuai untuk cucian tangan, macam baju batik sutera dan apa2 saja yang tak masuk mesin basuh. Selain jaga pakaian, tangan pun kena jaga jugak.....hihi.

Monday, January 28, 2013

KEMUNCULAN BARU

Salam Sejahtera,

Kepada sesiapa yang sudi membaca....terima kasih diucapkan. Blog ini dalam proses nak cari tema yang sesuai. Almaklumlah baru nak jadi blogger. Blog yang ada sebelum ni macam tak sesuai....tinggal untuk tatapan sendiri. Rasa tertarik dengan blogger2 yang ada, maka terpanggil nak jadi seperti mereka. Ada kalanya rasa nak berkarya walaupun tentang diri sendiri. Angan-angan Mat Jenin memang banyak....Kepada  sahabat-sahabat sekalian, sudi-sudilah menjenguk blogku ini, walaupun tak berapa menarik....faham-faham jelah.

Saturday, January 26, 2013

BERFIKIR SECARA KREATIF

Kreativiti dari A3T5

Pernahkah kita mengalami kesukaran dalam mengingat sesuatu ? Sesetengah kita mempunyai daya ingatan yang tinggi dan setengahnya pula sukar untuk mengingat. Walau bagaimanapun, kesukaran mengingat boleh diatasi kalau kita menggunakan daya imaginasi yang tinggi atau menggunakan daya kreativiti. Fikiran kreatif membolehkan terciptanya sesuatu inovasi. Inovasi bermula secara kecil-kecilan. Lihat.... ini adalah hasil berfikir secara kreatif. Apa yang dihasilkan walaupun kecil tapi amat membantu..... Kepada yang mengetahui kegunaan rumus ini cuba fahami....Tahniah A3T5.... memang kreatif !




Saturday, January 12, 2013

PENANGAN PEMANGGANG AJAIB

Pemanggang Ajaib

Hujung minggu walaupun cuti sekolah telah berlalu, tetapi jemputan kenduri masih ada lagi. Aku bercadang untuk ke majlis perkahwinan  anak tauke E&W sebelah petang dan sebelah tengahari ke majlis bacaaan yassin di rumah jiran. Walaupun ada kenduri aku tak lupa sedia hidangan tengahari untuk anak-anak yang bercuti di rumah. Nasib baik ada pemanggang ajaib...segalanya menjadi mudah. Ikan panggang, ayam panggang menu utama hari ini. Resepi semua agak-agak saja. Tak kusangka ...ayam panggang sempoi menjadi kegemaran anak-anak....'maverllous'...kihkih. Ikan panggang pula jadi kegemaran suami....cicah budu lagi. Orang Kedah pun makan budu....satu Malaysia katakan....Disebabkan nak pergi kenduri aku pun tak menjamah masakan tadi, jaga badan...ishish....Semasa aku makan nasi ayam panggang di rumah kenduri tauke E&W aku teringat ayam panggang kat rumah. Rasa macam setanding dengan ayam panggang E&W....(perasan)....

Friday, January 11, 2013

LANGKAWI

Langkawi......destinasi menarik pelancongan di negeri Kedah. Sekali-sekali terasa ingin berkunjung, banyak peristiwa pernah dilalui, memori indah tersemat di hati. Langkawi akan ku kunjungi lagi.

Indahnya Pulau Langkawi ....membeli belah seronok sekali. Coklat pasti dibeli. Pak tungku lazat hingga menjilat jari. Tengah malam pun sanggup cari.....itulah kegemaran sahabat2 sejati. Satu lagi...pemanggang ajaib jangan lupa beli !

Monday, January 07, 2013

KISAH MASYARAKAT

Nasi Arab

Pada petang jumaat 4 Januari 2013, sewaktu pulang dari kerja, aku singgah membeli Nasi Arab di sebuah gerai di Kepala Batas. Semasa mamak pekerja gerai sibuk menyediakan  bungkusan nasi yang ku pesan, tiba-tiba seorang remaja perempuan yang menaiki motosikal datang dan mengambil bungkusan nasi arabku . Dengan spontan aku berkata, "Nasi saya" !. Mamak tadi pun terkejut dan memanggil remaja tadi, adik ! dan mengikutinya ke motosikal yang mereka naiki. Dengan selamba  remaja tersebut pun memulangkan bungkusan nasi itu kepada mamak tanpa berkata apa-apa. Aku tertanya-tanya, mengapa remaja tersebut mengambil nasi itu dengan tiba-tiba. Mungkin dia tidak berduit lalu ambil jalan mudah...... mencuri. Kasihan juga....rasa nak bagi....tapi dia terus berlalu pergi membonceng motorsikal rakannya yang juga seorang remaja perempuan.

Sunday, January 06, 2013

AKSI COMEL


Si Comel Meymey, punyai kegemaran tersendiri. Suka minum air paip di bilik air. Bila dahaga Meymey mengioew, dan bila air paip dibuka, Meymey terus melompat ke sinki.

Fuhhh....lega.


MASAKAN

Di waktu lapang aku suka buat kek. Antaranya, kek lapis asam manis. Ini hasilnya....kegemaran seisi keluarga.


KESIHATAN DIRI

Sihat dan Awet muda

Kesihatan yang baik adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Persekitaran yang semakin tercemar memerlukan kita melindungi diri dari penyakit yang tidak diundang. Makanan yang kita makan juga tidak menjamin kesihatan yang baik. Adakah kita mempunyai sistem imunisasi yang kuat ? Makanan tambahan juga perlu bagi menjaga diri agar tidak mudah diserang penyakit. Aku bersyukur kerana telah bertemu dengan nutrisi yang memang sesuai untuk kesihatan diri. 2 auns jus vemma setiap hari membekalkan tenaga sepanjang hari. Awet muda dengan jus vemma !

www.natifah.vemma.com




Saturday, January 05, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Azam Tahun Baru

Tahun 2012 telah berlalu dan kini kita berada di tahun 2013. Setiap kali tiba tahun baru, azam pasti ada. Walau bagaimanapun berjayakah kita mencapainya. Begitu juga aku, punya impian dan cita-cita. Aku bersyukur pada yang Maha Esa kerana masih memberi kesempatan untuk aku menikmati keindahan hidup di dunia. Blogspot terbaru ini bakal mencatat coretan 2013.