Nasi Arab
Pada petang jumaat 4 Januari 2013, sewaktu pulang dari kerja, aku singgah membeli Nasi Arab di sebuah gerai di Kepala Batas. Semasa mamak pekerja gerai sibuk menyediakan bungkusan nasi yang ku pesan, tiba-tiba seorang remaja perempuan yang menaiki motosikal datang dan mengambil bungkusan nasi arabku . Dengan spontan aku berkata, "Nasi saya" !. Mamak tadi pun terkejut dan memanggil remaja tadi, adik ! dan mengikutinya ke motosikal yang mereka naiki. Dengan selamba remaja tersebut pun memulangkan bungkusan nasi itu kepada mamak tanpa berkata apa-apa. Aku tertanya-tanya, mengapa remaja tersebut mengambil nasi itu dengan tiba-tiba. Mungkin dia tidak berduit lalu ambil jalan mudah...... mencuri. Kasihan juga....rasa nak bagi....tapi dia terus berlalu pergi membonceng motorsikal rakannya yang juga seorang remaja perempuan.
ishh ishh kesian
ReplyDeletekesian kat kak pah, tetiba nasi boley diambil walhal dlm premis mamak tu.kedua, tindakan remaja yg berlalu begitu aja tanpa menerangkan sebab apa dia mengambil nasi yg dipesan org lain d premis mamak tu.nmpknya inilah sbhgian kehidupan msyrkt. Cuba mengambil hak org lain tanpa izin.wallahu aklam
Deletebegitulah kehidupan...kadang tak terjangkau oleh fikiran.
Delete