Tuesday, May 17, 2016

Senangnya buat mee

 Noodle maker.....Seronok boleh buat mee sendiri. Mula-mula sukat bahan.
400 gm (2cawan) tepung gandum.
Garam 1 sudu teh. Minyak 1 susu teh.  Secubit serbuk kunyit. Air +garam+kuning telor+sebuk kunyit+minyak jadikan 140 ml. Seterusnya pasang mesin ni dan pilih acuan mee. Kemudian masukkan tepung gandum. Tutup bahagian atas. Onkan mesin dan tuang air yang bercampur tadi....  dari lubang atas penutup. Dengan sendirinya mesin ni buat kerja sehingga mee keluar macam kat atas tu. Seronok tengok... Lepas tu jangan lupa masak air campur sesudu teh minyak dalam periuk. Bila mesin dah siap keluarkan mee. Tunggu air mendidih baru masukkan mee. Rebus.... bila mee dah timbul keluarkan dan masukkan dalam bekas dan alirkan air sejuk dan toskan. Yang penting mee ni tanpa bahan pengawet. Bersih lagi suci....Inilah hasilnya,

Seterusnya masaklah mee ni macam biasa sama ada berkuah atau goreng. Inilah hasil akhir... mee goreng.

Selain mee boleh juga buat bihun, laksa, kuay teow, makaroni, spaghetti, maruku, tart nenas. biskut larut.
Berminat? Boleh watsapp.. 0194466674... 

Moving Up Seminar

Untuk kesekian kalinya ku hadirkan diri. Kali ini di TH hotel and Convention Centre Alor Setar. Kali ini aku begitu teruja dengan perkongsian dari speaker2 yang hebat. Malam pengiktirafan aku tumpang terharu atas kelahiran Diamond baru Shamas dan Norazahñ. Aku melihat perkembangan mereka kerana di situ.... tempat kumenimba ilmu. Kesabaran dan kegigihan mereka akhirnya membuahkan hasil. Aku mahu seperti mereka... impian tercapai dan menjadi inspirasi kepada orang lain... Hubungan silaturrahim yang terjalin dalam RMP membuatkan aku bertekad untuk terus bersama mereka.