Pemanggang Ajaib
Hujung minggu walaupun cuti sekolah telah berlalu, tetapi jemputan kenduri masih ada lagi. Aku bercadang untuk ke majlis perkahwinan anak tauke E&W sebelah petang dan sebelah tengahari ke majlis bacaaan yassin di rumah jiran. Walaupun ada kenduri aku tak lupa sedia hidangan tengahari untuk anak-anak yang bercuti di rumah. Nasib baik ada pemanggang ajaib...segalanya menjadi mudah. Ikan panggang, ayam panggang menu utama hari ini. Resepi semua agak-agak saja. Tak kusangka ...ayam panggang sempoi menjadi kegemaran anak-anak....'maverllous'...kihkih. Ikan panggang pula jadi kegemaran suami....cicah budu lagi. Orang Kedah pun makan budu....satu Malaysia katakan....Disebabkan nak pergi kenduri aku pun tak menjamah masakan tadi, jaga badan...ishish....Semasa aku makan nasi ayam panggang di rumah kenduri tauke E&W aku teringat ayam panggang kat rumah. Rasa macam setanding dengan ayam panggang E&W....(perasan)....
ayam panggang yang terbaik. maverllous. nyummmmmmm
ReplyDelete