Jangan membazir...
Hari tu buat aiskrim goreng.....jadi reja-reja roti gardenia tu masih ada. Apa lagi....campur telor, gula, planta, susu, krim jagung manis dan air...lepas tu masuk loyang bakar dalam oven....jadilah bingkang. Nampak senang je....memang senang....reja roti tu daripada sebuku roti gardenia saiz bonanza, telor 2 biji campur satu sudu gula dan 3 sudu margerin planta masuk dalam blender dan blend. Lepas tu campur air 1 gelas dan tuang masuk dalam mangkuk yang berisi reja roti, campur 1 tin krim jagung manis dan 1/2 tin susu pekat manis. Gaul hingga sebati, boleh tambah air 1 gelas lagi kacau sebati. Siap masukkan dalam bekas pembakar/loyang....Panaskan oven 170C bakar lebihkurang 1/2 jam. Agak-agak la...nampak kekuningan masak la tu. Dah sejuk baru potong..... Ini hasilnya, sedia untuk dimakan.
Ha, lega baru boleh dapat cara nak mengomen blog kak pah... Alhamdulillah, tuan dia sendiri yg ajax utk komen... hihihi... Pertama, apa tu reja? raja ka? raja roti? Kedua, bingkang? ke kengkang? hehehe.. kami panggil, bengkang.... hihihi... jgn mare kak pah.... Apa pun TQ for the new recipe of bengkang roti... If not selalunya kami pakai susu cayax saja..... Tapi bila kak pah nak bawa bengkang roti ni kat ofis?????
ReplyDeleteTerima kasih sudi jenguk di Tepi Jendela....Selamat datang dan selamat mencuba resepi ni...terbaek dari tepi jendela..:)
ReplyDeleteBoleh try buat ni untuk roti-roti yang tak abes.
ReplyDeleteYa Izzat ...roti-roti yg tak abis tu jgn dibazirkan, yg tepi2 tu lagi sedap.
ReplyDelete